| Tahap Pertama  |  Tahap Kedua  |  Tahap Ketiga | Laman Web Bestari/Home


Menu | Word | Excel | PPoint | Access | Integrasi 

1.0         Membuka dan Menutup Excel 97

a.    Membuka Excel

Klik sama ada pada
              
·         Butang Excel pada toolbar ShortCut MS Office

Ataupun

·         Klik butang Start,

·         Pilih Programs,

·         Pilih MicroSoft Excel

Perisian Excel beserta logo akan dipamerkan.

 

b.   Menutup Excel

 Klik sama ada pada

·         Butang Exit pada sudut kanan teratas pada tetingkap Excel

Ataupun

·         Klik menu File

·         Pilih Exit.

 
2.0 
Menggunakan Excel 97

a.       Cuba anda buka perisian Excel.

b.       Cuba anda teroka

·      Bar Menu,

·      Toolbar yang dipamerkan

·      Ubah saiz dan penataran tetingkap Excel yang dipamerkan.

 c.       Buku Kerja (WorkBook)

Excel menggunakan konsep BukuKerja atau WorkBook untuk menyimpan data dan fail.

Apabila perisian ini di buka, satu WorkBook kosong berjudul Sheet1 akan dipamerkan. Satu WorkBook dalam Excel adalah terdiri daripada 255 helaian (atau WorkSheet) berasingan.

·         Setiap WorkSheet pula adalah terdiri daripada 255 lajur berjudul A hingga   IV,

·         Setiap WorkSheet mengandungi 65535 baris, bermula dari baris nombor 1.

·         Setiap lajur adalah secara default boleh memuatkan 9 aksara.

·         Secara default, setiap kali Excel dibuka, WorkSheet1 pada WorkBook akan sentiasa dipamerkan,

·         Saiz helaiankerja adalah bergantung kepada saiz monitor dan juga mod saiz penataran yang digunakan.

 

 

ATAS 

3.0  Memasukkan Data Dalam Excel

a.       Excel menggunakan konsep sel aktif untuk memasukkan data atau maklumat – klik dalam satu sel (atau kekotak yang ada pada tetingkap) untuk mengaktifkannya. Sel aktif bersedia untuk terima input data atau maklumat.

b.       Untuk bergerak dari sel ke sel anda boleh menggunakan cara dan kaedah berikut:

 

Tekan Kekunci

Untuk Bergerak dari

PanahKiri        ç

Satu sel ke kiri

PanahKanan  è

Satu sel ke kanan

PanahAtas      é

Satu sel ke atas

PanahBawah  ê

Satu sel ke bawah

PgUP

Naik satu skrin

PgDn

Turun satu skrin

Ctrl+PanahKiri

Sel Pertama pada baris berdata

Ctrl+PanahKanan

Sel Terakhir pada baris berdata

Ctrl+END

Sel Terakhir pada lajur/baris berdata

Ctrl+HOME

Sel Permulaan WorkSheet (A1)

 

 

 

ATAS 

c.       Untuk masukkan data atau maklumat,

·         Klik pada satu sel untuk aktifkannya,

·         Taipkan teks, atau  angka, atau  formula

·         Perhatikan, input yang anda taipkan muncul pada 2 tempat:pada sel aktif, dan juga, pada Bar Formula.

 

d.  Untuk terima data atau maklumat tersebut,

·         sila tekan kekunci Enter,

ataupun,

·         Tekan kekunci panahkiri, panahkanan, panahbawah,

ataupun

·         klik pada butang terima (kalau anda taipkan formula).

 

4.0  Latihan Memasukkan Data

a.      Klik pada sel A1

b.      Taipkan  JAN

c.       Klik pada sel B1

d.      Taipkan FEB, tekan kekunci Enter.

 
 

 

 

 

 

 

e.      Masukkan data selanjutnya ke dalam sel C1 hingga E1 secara automatik.

·         Klik pada sel B1 semula,

 

 

 

 

 

ATAS 

 

·         Klik pada pemegang (handle) yang muncul, dan heret pemegang itu ke kanan hingga ke sel E1. Lepaskan tetikus.

·         Perhatikan, Excel akan mengisi secara automatik, label pada sel C1, D1 dan E1 dengan label bulan, menggunakan fungsi AutoFill.

 
 

 

 

 

f.        Isikan data berikut ke dalam sel berkenaan. Tekan kekunci panahkanan /panahbawah untuk bergerak dari sel ke sel:

 
 

 

 

 


g.      Masukkan Judul pada data ini

·         Selitkan 3 baris kosong pada bahagian atas data ini:

Ø       Klik pada judul baris 1, heret ke Judul baris 3,

 

 

 


Ø       Perhatikan ketiga-tiga baris akan menjadi gelap (terpilih)

Ø       Klik menu Insert, pilih Rows,

Ø       Perhatikan  3 baris baru diselitkan, dan data tadi digerakkan ke bawah:

 

 

 

 

 

 

h.      Klik pada sel A1,  taipkan Laporan Bulanan

·         Letak Judul Pada Kawasan Tengah Jadual

Ø       Klik pada sel A1, heret ke sel E1,

Ø       klik pada butang Centre Across Columns

 

 

 

 

 

 

i.        Perhatikan, Judul tersebut telah diletakkan pada bahagian tengah data anda.

 

 

ATAS 


j.        Manipulasi Data

·         Memilih Beberapa Sel Serentak

                    Excel membenarkan pengguna memilih sel-sel yang berhampiran                      
                    ataupun sel-sel berasingan:

Ø       Pilih 1 sel - Klik pada sel tersebut

Ø       Pilih satu renj sel - Klik pada sel (pastikan kursor berubah menjadi simbol + tebal), heret tetikus ke kanan atau ke bawah atau ke atas

Ø       Pilih satu lajur - Klik pada Judul Lajur berkenaan

Ø       Pilih satu baris - Klik pada Judul Baris berkenaan

Ø       Pilih beberapa sel berasingan - Tekan butang Shift (jangan lepas), klik pada sel-sel berkaitan. Lepas butang Shift.

Ø       Pilih semua (helaiankerja) - Klik Butang Select All

 

 

Untuk mendapat maklumat dan modul yang lengkap sila rujuk kepada naskah berikut:

ATAS 

Menu | Word | Excel | PPoint | Access | Integrasi