| Tahap Pertama  |  Tahap Kedua  |  Tahap Ketiga | Laman Web Bestari/Home |

Menu | Word | Excel | PPoint | Access | Integrasi

[Membuka

PP1

PowerPoint adalah satu perisian persembahan elektronik yang berkuasa dan berupaya.

Melalui pakej MicroSoft Office 97, perisian ini telah diperbaiki dan diperkemaskan dengan tambahan fungsi dan kemudahan yang canggih.

 

1.0 Membuka dan Menutup PowerPoint

     Untuk membuka perisian PowerPoint, anda boleh gunakan salahsatu daripada          
     kaedah-kaedah berikut:

 

      a. Klik pada ikon PowerPoint pada menu ShortCut MS Office, atau

  • Klik pada butang Start,

     

    • pilih New Office Document,

  • pilih New Presentation, atau

  • Klik pada butang Start,

    • pilih Programs,

    • klik pada MS PowerPoint.

 

2.0 Apabila PowerPoint dibuka, kekotak dialog berikut akan muncul secara automatik:

 

  • Klik AutoContent Wizard untuk memilih wizard ini.

  • Klik OK untuk teruskan,

  • Kekotak dialog AutoContent Wizard akan muncul:

  • Klik butang Next,

  • Wizard ke 2 muncul - anda perlu memilih satu subjek dan topik yang disediakan oleh PowerPoint.

  • Klik pada All

  • Klik pula pada Information Kiosk

  • Klik butang Next

  • Wizard ke-3 muncul -

  • Klik pada butang Next untuk teruskan.

  • Wizard ke-4 akan dipamerkan - pilih bentuk persembahan yang bakal anda gunakan.

  • Klik pada On-screen presentation - anda akan gunakan komputer untuk melakukan persembahan ini

  • Klik butang Next.

  • Wizard terakhir muncul:

  • Taipkan Judul untuk persembahan – Persembahan Pertama 
    Judul ini akan digunakan secara automatik oleh powerpoint. Klik butang Next apabila selesai

  • Taipkan maklumat tambahan. Maklumat ini juga akan digunakan oleh powerpoint secara automatik

  • Kekotak dialog berikut muncul - menandakan anda telah siap menggunakan Wizard untuk membuat persediaan awal persembahan anda.

  • Klik butang Finish - untuk membenarkan PowerPoint menyediakan persembahan menggunakan subjek dan topik yang telah anda pilih.

Menu | Word | Excel | PPoint | Access | Integrasi


 

Untuk mendapat modul yang lengkap sila rujuk kepada naskah berikut:

 

Menu | Word | Excel | PPoint | Access | Integrasi