|Tahap Pertama  |  Tahap Kedua  |  Tahap Ketiga |Laman Web Bestari/Home


Menu | Word | Excel | PPoint | Access | Integrasi


Modul Word ini dibahagikan kepada beberapa Modul Berasingan yang kecil. Pengguna dibenarkan memilih bahagian modul yang diperlukan. Tidak ada jangkamasa yang tertentu untuk penggunakan menghabiskan setiap bahagian modul tersebut. Selepas melengkapakn aktiviti pada sesuatu modul, pengguna perlulah menyediakan nota refleksi mengenai kemahiran yang telah mereka perolehi dari setiap modul tersebut. Jika perlu, penyelia boleh membuat taksiran berpandukan kepada nota refleksi tersebut.

[W1- Lajur Serupa] [W2- Lajur Pelbagai] [W3- Format Laman]W4- WordArt]W5- DropCap][W6 -Frames]

W1

Word membenarkan pengguna untuk menggabungkan pelbagai bentuk dan susunan teks yang terdapat pada suatu dokumen.

1.0 Lajur Serupa

a. Masukkan disket yang disediakan ke dalam pemacu A.

  • Klik Open,
  • pilih 3˝ Floppy A,
  • pilih Dokumen1.

Dokumen teks tersedia dipamer menggunakan satu lajur sahaja.

b. Klik pada menu Edit, pilih Select All,

  • Perhatikan semua teks dalam dokumen terpilih (blok).

c. Klik pada menu Format, pilih Columns,

  • Menu Format akan dipamerkan:

  • Klik OK apabila selesai

Perhatikan bagaimanakah teks pada dokumen anda telah disusun.

d.  Simpan fail ini dan atau cetak fail anda.

e.  Jangan lupa! Simpan dalam disket anda sendiri dan bukan dalam disket yang disediakan! )

 


W1- Lajur Serupa] [W2- Lajur Pelbagai] [W3- Format Laman]W4- WordArt]W5- DropCap][W6 -Frames]

2.0  Lajur Tak Serupa

a.  Buka satu fail baru.

  • Klik pada menu Insert, pilih File… , pilih 3˝ Floppy A: Dokumen1,
  • Perhatikan fail dokumen yang serupa dengan latihan 1 dipamerkan.

b. Sekarang susun lajur-lajur agar satu lajur adalah lebih besar daripada yang satu lagi:

c. Klik OK bila selesai

d. Simpan fail ini / cetak (Jangan lupa! Simpan dalam disket anda sendiri dan bukan dalam disket yang disediakan! )

 


W1- Lajur Serupa] [W2- Lajur Pelbagai] [W3- Format Laman]W4- WordArt][W6 -Frames]

W2

3.0 Lajur Pelbagai

Pengguna adalah bebas untuk menetapkan jenis dan bentuk lajur-lajur yang bakal digunakan di dalam suatu dokumen.

a. Buka satu fail baru.

b. Keluarkan fail Dokumen1 yang terdapat dalam disket disediakan.

c. Susun dokumen anda dalam bentuk berikut:

Paragraf 1 - 1 lajur

Paragraf 2 - 2 lajur sama lebar

Paragraf 3 - 2 lajur tak sama lebar

Paragraf 4 - 3 lajur sama lebar

d. Panduan : Untuk tukar susunan paragraf berasingan,

  • pilih atau blok dulu paragraf berkenaan, kemudian formatkan sebagai lajur.
  • letak kursor pada bahagian permulaan paragraf, klik & heret ke akhir paragraf:

e. Simpan fail dan atau cetak.

f. Jangan lupa! Simpan dalam disket anda sendiri dan bukan dalam disket yang disediakan!

W1- Lajur Serupa] [W2- Lajur Pelbagai] [W3- Format Laman]W4- WordArt]W5- DropCap][W6 -Frames]


W3
Format Laman

Secara default, setiap mukasurat akan dipamerkan dan disediakan menurut format mukasurat (page setup) yang telah ditetapkan (oleh pengguna).

Walaupun demikian, pengguna bebas untuk tetapkan sendiri kawasan ruangkerja yang sesuai semasa anda menyediakan sebarang dokumen.

a. Buka fail dokumen1 dari disket yang disediakan.

b. Blok paragraf 2.

c. Anda akan ubahsuai kedudukan margin kiri dan kanan pada paragraf ini saja, supaya ruang kerja dikecilkan.

  • Klik pada bahagian bawah penanda margin kiri, dan heret ke kanan hingga ke tanda 3 di atas baris pembaris.

  • Perhatikan kedudukan teks pada paragraf 2 berubah.
  • Klik dan heret penanda margin kanan, ke tanda 10 pada pembaris.
  • Apakah yang berlaku pada teks anda?

d. Preview kesan perubahan ini:

  • Klik menu File,
  • Pilih Print Preview,
  • Klik Close apabila selesai.

e. Cuba anda lakukan langkah-langkah yang serupa untuk paragraf-paragraf yang lainnya.

f.  Simpan dan atau cetak fail anda.

g. Jangan lupa! Simpan dalam disket anda sendiri dan bukan dalam disket yang disediakan!

W1- Lajur Serupa] [W2- Lajur Pelbagai] [W3- Format Laman][W4- WordArt][W5- DropCap][W6 -Frames]


W4
WordArt

WordArt - satu kemudahan rekabentuk teks artistik yang dapat digabungkan sebagai judul utama pada suatu dokumen.

1. Buka fail dokumen1 dari disket yang disediakan.

2. Blok keseluruhan judul dokumen ini.

3. Klik pada ikon Cut untuk hapuskannya.

4. Klik pada menu Insert,

  • pilih Picture,
  • pilih WordArt…
  • Kekotak RupaBentuk WordArt muncul,

  • Kekotak menu edit WordArt akan dipamerkan:

  • Teks WordArt anda akan dipamerkan.
  • Letak kursor tetikus di atas teks tersebut, sehingga satu panahempat terbentuk.
  • Klik dan heret untuk susun kedudukan judul tersebut pada kedudukan yang sesuai.

5. Ubah saiz wordArt anda - klik dan heret pada satu pemegang yang muncul di sempadan teks.

  • Anda juga boleh menggunakan butang WordArt untuk melakukan langkah-langkah di atas.

6. Simpan fail dan atau cetak.
Jangan lupa! Simpan dalam disket anda sendiri dan bukan dalam disket yang disediakan!

7. Ubahsuai format teks WordArt yang telah anda sediakan:

  • Klik butang kanan di atas teks WordArt,
  • Pilih Show WordArt toolbar…
  • Perhatikan satu kekotak menu-bar berikut muncul:

  • Ubah kesan warna pada teks WordArt tersebut:
  • Klik pada butang Format WordArt
  • Kekotak dialog Format akan muncul.

  • Klik OK apabila selesai.
  • Perhatikan kesannya pada teks WordArt anda. Kalau perlu, ulang langkah ini sehingga anda mendapat kesan yang terbaik.

8. Ubah Bentuk Teks WordArt anda.

  • Klik pada butang WordArt Shapes 
  • Kekotak dialog bentuk-bentuk WordArt akan dipamerkan.

  • Klik pada satu bentuk untuk memilihnya.
  • Perhatikan kesan pada teks WordArt anda. Kalau perlu, ulang sekali lagi langkah ini sehingga anda mendapat rupabentuk yang sesuai.

9. Cuba anda teroka kegunaan beberapa lagi butang pada toolbar ini.

 

[W1- Lajur Serupa] [W2- Lajur Pelbagai] [W3- Format Laman]W4- WordArt]W5- DropCap][W6 -Frames]


W5

DropCap - Kesan formatting agar huruf pertama pada suatu paragraf dibentuk menjadi saiz lebih besar daripada teks biasa.

1.  Buka fail dokumen1 dari disket yang disediakan.

2. Masukkan kesan DropCap pada paragraf pertama.

  • Letak kursor pada paragraf pertama,
  • Klik menu Format, pilih Drop Cap…
  • Kekotak dialog Drop Cap muncul:

 

  • Klik OK apabila selesai.
  • Perhatikan kesan drop cap yang terbentuk. Kalau anda kurang puas hati dengan hasilnya, anda boleh ulang langkah-langkah di atas sekali lagi.

3. Klik pula pada paragraf ke-3

  • Dapatkan hasil Drop Cap sekali lagi, tetapi pada paragraf ke 3 ,cuba anda pilih kedudukan        In-Margin.
  • Bagaimanakah kesan Drop Cap pada kali ini?

4. Cuba anda masukkan kesan Drop Cap kepada paragraf-paragraf yang lainnya, dan cuba anda ubah kesan font, saiz font, dan, jarakan dari teks.

 

5. Simpan fail dan atau cetak.

6. Jangan lupa! Simpan dalam disket anda sendiri dan bukan dalam disket yang disediakan!

7. Refleksi:

Dapatkah anda menyediakan kesan Drop Cap menggunakan kesan warna-warni?

 

[W1- Lajur Serupa] [W2- Lajur Pelbagai] [W3- Format Laman]W4- WordArt]W5- DropCap][W6 -Frames]


W6

Frames dan TextBox

Frames --- Satu kekotak yang mengelilingi suatu grafiks, atau teks, di dalam suatu dokumen.

TextBox --- kekotak khas yang digunakan untuk memformat kedudukan serta saiz suatu grafiks, carta, atau teks, dengan lebih cekap dan sempurna, dalam suatu dokumen.

1.  Buka fail dokumen1 dari disket yang disediakan.

2.  Letak kursor pada bahagian awal paragraf ke-3.

3.  Klik pada menu Insert,

  • pilih Picture…,

  • pilih TextBox.

4.  Perhatikan kursor berubah menjadi simbol  +

5.  Klik dan heret untuk bentuk satu kekotak segiempat.

6. Anda juga boleh menggunakan butang     untuk langkah di atas.

  • Letak kursor pada hujung paragraf ke-4

  • Klik pada butang TextBox pada toolbar Picture,

  • Klik dan heret kursor  +  untuk lukis satu kekotak segiempat.

 

7.  Tampal grafiks ke dalam kekotak teks.

  • Klik pada kekotak teks,

  • Klik pada menu Insert, pilih Picture…, pilih ClipArt…

  • Galeri ClipArt akan dipamerkan. Pilih satu grafiks yang dipamerkan. Klik Insert.

  • Cuba anda tampalkan grafiks yang lain ke dalam kekotak-kekotak teks selanjutnya.

8.  Anda akan dapati:

  • Grafiks yang telah dipilih akan tertampal ke dalam kekotak teks masing-masing.

  • Terdapat satu ruang margin di sekeliling grafiks pada setiap kekotak teks.
  • Kekotak teks melindungi beberapa baris teks.

9.  Hapuskan ruang margin pada sekeliling grafiks pada kekotak teks.

  • Klik di atas satu sempadan pada kekotak teks.
  • Klik butang kanan di atas sempadan yang sama.
  • Satu menu muncul.

  • Klik pada Format Text Box
  • Menu Format Text Box akan dipamerkan:

  • Klik OK bila selesai.
  • Anda akan dapati tidak ada lagi ruang sempadan kosong di sekeliling grafiks anda.

9.  Cuba anda lakukan langkah yang serupa untuk kekotak-kekotak teks yang selebihnya.

[W1- Lajur Serupa] [W2- Lajur Pelbagai] [W3- Format Laman]W4- WordArt]W5- DropCap][W6 -Frames]

10. Ubahsuai kekotak teks agar tidak menutup teks pada dokumen.

  • Klik pada kekotak teks untuk memilihnya.

  • Dengan cermat, letak kursor di tepi bahagian luar kekotak teks sehingga satu kursor panahempat terbentuk.

  •  

  •  

  •  

  •  

  •  

  •  

  •  

  • Klik.

  • Perhatikan sempadan luar kekotak teks akan kelihatan.

  • Klik butang kanan di atas sempadan tersebut.
  • Menu Format TextBox muncul:

 

  • Perhatikan kekotak teks berubah menjadi frame, dan teks yang berada di bahagian bawahnya telah ditolak ke kedudukan yang lain.

 

11. Cuba anda lakukan langkah-langkah yang serupa pada kekotak-kekotak teks yang selebihnya.

12.  Formatkan frame agar kelihatan lebih kemas dan tersusun:

Klik butang kanan di atas frame,

Menu frame muncul, pilih Format Picture…

Kekotak dialog Format Picture muncul:

 

  • Klik OK bila selesai.
  • Perhatikan kesan frame pada paragraf anda.
  • Cuba anda lakukan langkah yang serupa kepada frame-frame yang selanjutnya.

13.  Simpan fail dan atau cetak.Jangan lupa! Simpan dalam disket anda sendiri dan bukan dalam disket yang disediakan!

14.  Refleksi:

Cuba anda teroka beberapa item lain yang terdapat pada kekotak dialog Format Picture, dan perhatikan kesan yang terbentuk.

[W1- Lajur Serupa] [W2- Lajur Pelbagai] [W3- Format Laman]W4- WordArt]W5- DropCap][W6 -Frames]


 


Untuk dapatkan modul yang lengkap sila rujuk kepada naskah berikut....